Advertisement

Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2023


Permohonan skim biasiswa pelajaran ini dibuka daripada 27 Mac 2023 sehingga 18 April 2023.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

Pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Manfaat Diperoleh

Murid yang layak memperolehi skim biasiswa pelajaran ini akan memperoleh manfaat-manfaat berikut:

  • Menerima biasiswa tahunan.
  • Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan.
  • Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  2. Lahir dan menetap di Negeri Perak atau telah bermastautin di Negeri Perak.
  3. Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2023.
  4. Murid adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
  5. Pencapaian murid mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2022.
  6. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://shortest.link/m3C6.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan ke alamat berikut:

    Unit Pemerkasaan Asnaf,
    Bahagian Agihan Zakat,
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa.
  3. Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  4. Salinan keputusan akhir tahun 2022 yang telah disahkan pihak sekolah.

Info Lanjut

Sebarang makluman lanjut mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal, sila hubungi nombor talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Advertisement



(Visited 9,468 times, 1 visits today)

Leave a Comment