Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) Scholarship
KWPPL adalah kumpulan wang yang di bawah JLM yang bertujuan memberikan bantuan atau biasiswa kepada para pelaut yang memerlukan.
Biasiswa ini adalah salah satu bentuk bantuan pelajaran yang diberikan kepada pelaut terutamanya kepada pelaut yang mempunyai kekangan kewangan dan jumlah tanggungan keluarga yang tinggi.
Kategori Penajaan
Terdapat 2 kategori penajaan ditawarkan bagi Biasiswa KWPPL ini iaitu:
i) Kategori A
- Bayaran penuh yuran kursus utama.
- Bayaran elaun sara hidup sepanjang kursus berlangsung.
ii) Kategori B
- Bayaran penuh yuran kursus utama.
Syarat Permohonan
Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Pemohon mestilah tidak mempunyai rekod jenayah.
- Tidak mempunyai sebarang aduan/masalah disiplin yang melibatkan tatatertib ketika menjalankan kursus atau ketika tempoh perkhidmatan laut di atas kapal.
- Tidak mempunyai penyakit kronik atau sebarang penyakit/kecederaan yang memerlukan pengambilan ubat atau sesi pertemuaan dengan pemeriksa kesihatan secara berterusan.
- Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pemohon mestilah pada tahap yang sangat memuaskan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turn borang permohonan di pautan berikut https://www.marine.gov.my/jlm/admin/assets/uploads/images/contents/20211230114154-39a38-borang_permohonan-keterangan_biasiswa_kwppl_2022.pdf?fbclid=IwAR3sdrSOJ6Wq5Hlt32nyvUGBp4QcjjyFJiq4tPRq8pAOtE5LsZ5YhBxHT2A.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui email ke alamat info.kwppl@gmail.com.
- Tajuk email tersebut dinyatakan sebagai ‘PERMOHONAN BIASISWA’ diikuti dengan nama pemohon dan tahun kursus yang bakal diambil adalah 2022. Contohnya ‘PERMOHONAN BIASISWA MOHD ALI AZHARI 2022.’
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Buku Perkhidmatan Laut.
- Surat sokongan daripada Nakhoda atau Ketua Juruenjin (appraisal/evaluation form daripada syarikat perkapalan juga adalah digalakkan).
- Salinan sijil-sijil kursus modular yang telah dihadiri.
- Salinan Perakuan Kekompetenan (COC).
- Salinan kad Pengenalan.
- Salinan Kad Pelaut.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa KWPPL 2022, sila hubungi Puan Ummil Syazwina di talian 03-3346 7633 atau 013-9767 291.
Advertisement