Biasiswa JPA – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) – Semakan Kelayakan
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM)
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 200 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
SEMAKAN KELAYAKAN KE SESI PENILAIAN SAC PROGRAM KHAS LEP0ASAN SPM DALAM NEGARA
TAHUN 2024
Semakan boleh dibuat pada 19 Jun 2024 bermula jam 12.00 tengahari hingga 21 Jun 2024 jam 11.59 malam
Link semakan :
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=LSPM
Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di manamana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
- Umur belum mencapai 19 tahun(20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
*Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Syarat Khusus
- Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan
- Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Permohonan
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Dalam Negara.
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2023 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
PERMOHONAN PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 untuk memohon penajaan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) Tahun 2023. Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka bermula 12 Jun 2023 (jam 12.00 tengah hari) sehingga 16 Jun 2023 (jam 11.59 malam). Calon yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk memohon program ini. Klik di sini untuk lihat senarai calon. Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah: Iklan LSPM FAQ LSPM Sila klik di sini untuk memohon Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke lepasanspm2023@jpa.gov.my (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja). |
Permohonan dibuka secara atas talian (online) | Mohon Segera!!
iNFO Penting Lain :-
- Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM Sesi Akademik 2023/2024
- Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM
- Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online
- Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)