Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara
18th January 2022
10th February 2025

Bantuan Zakat IPTA / IPTS MAIDAM 2022
Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2022(Borang)
Bagi pemohon yang berminat, permohonan Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara ini telah dibuka secara atas talian mulai 12 Januari 2022.

Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan awal pengajian ini adalah seperti berikut:
- Sijil
- Pra Diploma
- Asasi
- Matrikulasi
- Diploma
- Sarjana Muda
- Sarjana
- Doktor Falsafah (PhD)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan awal pengajian ini adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Pemohon beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
- Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
- Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra
Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor
Falsafah (PhD). - Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap 1 tahap
pengajian. - Permohonan perlu dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran
pengajian. - Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
- Tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan.
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu http://yp.maidam.gov.my/iptonline.
- Klik bahagian ‘Daftar Perngguna.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Simpan.’
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik sebelum membuat penghantaran.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Surat tawaran belajar yang rasmi.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik
dalam tanggungan. - Salinan sijil SPM/STPM/sijil berhenti sekolah.
- Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/
penjaga (penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja). - Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri
Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut. - Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).
- Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan awal pengajian ini, sila layari laman web http://yp.maidam.gov.my/.
Advertisement
(Visited 16,021 times, 1 visits today)
Bantuan MAIDAM 2022Bantuan Zakat MAIDAM 2020Bantuan Zakat MAIDAM 2021/2022Bantuan Zakat MAIDAM 2022Permohonan Zakat MAIDAM 2020Semakan Status Bantuan MAIDAMSemakan Zakat MAIDAM