Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024
Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024
Sukacita Jabatan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024, bagi pengajian Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di dalam dan luar negara. Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 4 Mac sehingga 29 Mac 2024.
Notis Iklan
Lampiran A – Panduan Permohonan
Lampiran 1 – Senarai IPT Dalam Negara
Lampiran 2 – Senarai IPT Luar Negara
Lampiran 3 – Senarai Bidang Pengajian
Lampiran 4 – Panduan Penyediaan Kertas Cadangan
Borang PPSM (Bagi Penjawat Awam Sahaja)
Pautan Permohonan Dalam Talian
PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2023 Sukacita Jabatan ini ingin mempelawa warga negara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia. Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 30 Januari 2023 sehingga 3 Mac 2023. Notis Iklan Lampiran A – Panduan Lampiran 1 – Senarai IPT Tempatan Lampiran 2 – Senarai IPT Terkemuka Dunia Lampiran 3 – Senarai Bidang dan Sub-Bidang Lampiran 4 – Panduan Menulis Kertas Cadangan Borang PPSM Sila Klik di Sini Untuk Mohon |
Syarat Umum
Pelajar yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat umum yang ditetapkan:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pelajar juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:
- Pelajar mestilah mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
– Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
– Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D. - Pelajar telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
- Untuk pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
- Pelajar terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
– Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
– Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib. - Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.
Tatacara Permohonan
Pelajar yang ingin membuat permohonan BYDPA boleh mengikuti tatacara permohonan berikut:
- Layari laman web berikut http://esilav2.jpa.gov.my dan buat permohonan.
- Kemudian, muat turun borang permohonan selepas selesai membuat permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen berikut perlu dihantar bersama-sama borang permohonan:
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D).
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
- Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.
- Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA, hubungi hubungi talian 03–8885 3053/3571 atau emel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.
Info Lanjut dan Permohonan Sila Layari Laman JPA Disini
Baca Juga : Senarai Penuh Biasiswa Lepasan SPM/STPM KLIK SINI
Mohon Sekarang!!
Advertisement